Siakap Keli
Gambar: CNN

Diarah Bunuh Oleh Donald Trump, Siapa Sebenarnya Qassem Soleimani?

Tragedi pembunuhan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) iaitu Mejar Jeneral Qassim Suleimani beberapa hari lalu yang diarahkan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua negara nuklear itu.

Menurut laporan media tempatan, Jeneral Qassim Suleimani telah terkorban melalui serangan udara Amerika Syarikat (AS) berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat yang lalu. Oleh itu, kematiannya ditangisi oleh ramai orang melalui ribuan orang yang hadir berkumpul ketika jenazah beliau tiba di Iran semalam.

Siapakah Soleimani ?

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pernah memanggilnya sebagai “revolusi syahid hidup” di atas jasanya yang terdahulu. Beliau juga merupakan Ketua Pasukan Pengawal Revolusi Quds iaitu sebuah unit elit yang mengendalikan operasi luar negara Iran. Pun begitu, pertubuhan ini disalah anggap sebagai satu organisasi pengganas oleh AS.

Soleimani terkenal dengan kewibawaannya setelah memulakan kerjaya sebagai tentera barisan hadapan dalam perang Iran-Iraq pada awal 1980-an. Menurut Jeneral Mark Hertling, Penganalisis Keselamatan, Perisikan dan Keganasan Kebangsaan, kehidupan Soleimani adalah hanya berkisarkan peperangan.

Dia berada dalam pertempuran sepanjang hidupnya, para askar mencintainya, dia seorang yang tenang, berkarisma, seorang yang genius, strategik dan pengendali yang sangat taktikal.

Menurut The Pentagon, Soleimani dan tenteranya adalah bertanggungjawab ke atas kematian ratusan orang Amerika dan ahli-ahli perkhidmatan gabungan dan mencederakan beribu-ribu lagi. Angka yang banyak itu telah membuktikan bahawa kewibawaan Soleimani sangat mengagumkan.

Beliau juga dikenali sebagai ‘komander bayangan’ Iran yang memimpin Pasukan Quds sejak tahun 1998. Pegawai AS juga percaya bahawa unit yang dikendalikan oleh Soleimani telah menyediakan bom khusus yang boleh menembusi perisai, senjata untuk mematikan serangan terhadap Amerika.

Ancaman kepada Soleimani

Berita palsu mengenai kematian Soleimani sudah beberapa kali dihebahkan termasuklah ketika nahas pesawat 2006 yang membunuh pegawai tentera lain di Iran. Pada bulan November 2015 pula, khabar angin menyebarkan bahawa Soleimani telah dibunuh dan cedera parah ketika berperang di sekitar Aleppo Syria.

Menurut laporan terdahulu, pembunuhan Soleimani di Baghdad adalah didakwa untuk menghentikan peperangan seperti yang dikatakan oleh Donald Trump. Dakwa Presiden Amerika Syarikat itu, Soleimani merancang “serangan ganas ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika,” namun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Sumber: CNN / Al Jazeera

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra