Siakap Keli

Dijangkiti ‘Ringworm’ Dari Kucing, Kembar Perempuan Terpaksa Dibotakkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing menjadi haiwan peliharaan paling comel yang sentiasa menarik perhatian dan menambat hati kita.

Pun begitu, kucing juga perlu dijaga dengan baik sama ada dari segi pemakanan dan kesihatan kerana pelbagai risiko boleh menjengah bukan sahaja kepada haiwan itu sendiri malahan kepada manusia.

Sama dengan kiriman oleh Egee Qaseh di Facebook yang terpaksa membotakkan kepala kedua-dua anak perempuannya kerana terkena virus daripada seekor kucing jalanan yang menumpang di rumahnya.

Terkena penyakit Ringworm atau kulat kepala

Ramai yang tanya kenapa den pendekkan rambut anak den.. ini jawapan dia… ada jugak yang konpius yelah sebab haritu twin perempuan.. ni twin lelaki pulakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..
si kembar ena dan eca ni terkena penyakit yang diberi nama RINGWORM atau KULAT KEPALA dalam bahasa mudah nak faham… doktor dah cakap siap-siap.. virus ni mmg makan masa lama nak sembuh puan… degil. virus dia… betul-betul lama.. hampir 8 bulan..sebab doktor tak tahu ubat apa yang rasi dengan virus atas kepala tu..kena try dan error.

Berjangkit melalui sentuhan atau air liur kucing

Kisahnya bermula bila satu hari tu.. den tengok kepala eca macam botak sikit dekat tengah sebesar duit syiling 5 sen..antara punca-punca terjadinya masalah ini seperti yg dinyatakan doktor ialah..jangkitan dari kucing yang ada luka….. maksudnya kita nampak dia macam ada luka.. kurap.. bukan kucing sihat ye.. tak tahu samada kucing tu memang dah sedia terdedah kepada virus apa.. dan berjangkit melalui sentuhan atau air liur kucing tu.

Bergantung kepada antibodi budak, tak semua mudah berjangkit

Anak den tak main kucing sebab ada asthma.. tetapi seminggu sebelum tu ada kucing jalanan menumpang di rumah sebab baru lepas beranak.. adalah satu hari tu mungkin den terlepas pandang.. anak-anak den main dgn kucing tu.. bergantung kepada antibodi budak..tak semua budak mudah berjangkit.. ada yang ok ada yang tak.. tapi anak den mudah berjangkit.. dan dia tak mudah berjangkit sama-sama manusia.. cuma dari haiwan ke manusia.

Wallahualam… dari situlah den perasan ada tanda tu dekat kepala anak den.. kita tak cakap tak boleh bela kucing.. cuma kalau kucing tu ada luka ke.. kurap ke.. atau apa.. baik elakkan anak kita pegang-pegang dia.. dan sekiranya kucing kita ada luka..bawaklah pergi vet secepat yang boleh..benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja..kalau nak cakap bab kebersihan..saya dah cukup jaga dah..sebab anak saya semua ada ASTHMA..habuk ke apa ke memang alhamdulillah terjaga.

Segeralah dapatkan rawatan cepat sebab setiap budak tak sama

Kita pun tak sangka..harini dia main dengan kucing elok je..esok main dgn kucing lain tiba-tiba jangkitan pulak..cuma nak nasehatkan jika ada tanda-tanda seperti gambar ni..segeralah dapatkan rawatan cepat..sebab setiap budak tak sama.. dan Allah dah tentukan anak den nak kena.. siapalah kita nak persoalkan.. ok jom klik gambar.

Bertabahlah, berdoalah, Allah maha penyembuh

Episod 8 bulan yang betul-betul menguji kesabaran kita sebagai ibu… benda sama dok. berulang-ulang.. harini baik.. esok dia jadi balik… bertabahlah.. berdoalah.. Allah maha penyembuh…alhamdulillah sekarang ni dah sembuh.. dan bebas dari virus ni.. rambut pun dah tumbuh dengan jayanya… syukur sangat-sangat.

Sumber: Egee Qaseh

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra