Siakap Keli

‘Direject’ Keluarga Bekas Kekasih Gara-Gara Tak ‘Selevel’, Gadis Bangkit Lepas 5 Tahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kejayaan seseorang  kebiasaannya akan hadir melalui beberapa fasa kegagalan atau kekecewaan terlebih dahulu dan ia sebenarnya menjadi pembangkit semangat yang sangat penting dalam proses menelusuri kehidupan yang sangat mencabar.

Walaupun mungkin kejayaan tersebut perlu diharungi dengan pelbagai jenis kesukaran, kita seharusnya mengetahui bahawa ia menjadi kekuatan yang paling berharga yang terkadang dilihat mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik.

Seperti kisah yang dilalui oleh Rosmiza Rozman yang melalui fasa kekecewaan bersama bekas kekasihnya namun berjaya bangkit dan membuktikan bahawa dia boleh berjaya.

Perkongsiaan Rosmiza di laman sosial Twitter itu juga memperlihatkan beliau ‘melawan’ segala tanggapan yang salah terhadap dirinya sehingga mendapat sebanyak 23 ribu retweets dan 20.6 ribu likes.

Kantoi ada perempuan lain

Kakak dia cakap saya bukan selevel dengan dia

Kereta tu mahal, awak tu keluarga susah, beli myvi mampu lah

Duit saya bagi dia buat pergi bukit merah dengan jururawat itu

Pergi bercuti dengan keluarga bawak perempuan lain

Acik memang nak orang kerja kerajaan jadi menantu acik

Saya maafkan awak tapi saya takkan lupa apa yang awak dan keluarga awak dah buat

Jangan jadi lemah sebab ada orang ketawa kan kita kalau kita lemah

Kalau dia tak buat macam tu, saya tak jadi macam sekarang

Jangan simpan dendam, buktikan tanpa mereka pun kita masih boleh berjaya

Jadikan semua ini sebagai penguat untuk terus berusaha

Kebanyakan netizen memberikan pelbagai reaksi menerusi perkongsian ini dan berterima kasih kepada Rozmiza kerana memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk terus berusaha.

Sumber: Rozmiza Rozman

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.