Siakap Keli
Foto: Bernama

Jutaan Rakyat Iran Beri Penghormatan Terakhir Kepada Soleimani Yang Terbunuh Dalam Serangan Tentera AS

TEHRAN, 6 Jan – Berjuta-juta rakyat Iran mengucapkan selamat tinggal dan memberikan penghormatan terakhir mereka kepada komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) Leftenan Jeneral Qasem Soleimani, lapor agensi berita rasmi IRNA.

Jeneral Soleimani dan pemangku komander Unit Mobilisasi Popular Iraq (PMU) Abu Mahdi Al-Mohandes bersama-sama lapan lagi anggota tentera Iraq dan Iran terbunuh pada awal pagi Jumaat dalam satu serangan udara yang diarahkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Berjuta-juta rakyat Iran di seluruh negara itu turun ke jalanan pada Ahad dan Isnin bagi mengutuk tindakan keganasan AS.

Mereka berarak sambil memegang gambar Allahyarham Jeneral Soleimani serta bendera Iran, dan melaungkan slogan “Pergi jahanam dengan AS” serta “Pergi jahanam dengan Israel.”

Banyak negara ddan pencinta kebebasan di seluruh dunia mengutuk pembunuhan itu. Iran telah berikrar akan membalas dendam terhadap Amerika Syarikat kerana menyasarkan komander itu dalam serangan udaranya.

Langkah itu adalah bertentangan dengan Undang-Undang Antarabangsa dan mencabul kedaulatan serta integriti wilayah Iraq.

Tidak lama kemudian (menerusi akaun Twitter), Trump mengancam untuk memusnahkan 52 tapak kebudayaan di Iran jika negara itu membalas dendam atas pembunuhan tersebut.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)