Siakap Keli

Mayat Lelaki Berselimut Ditemui Di Bilik Hotel

KUALA TERENGGANU, 6 Jan – Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan berselimut di atas katil di sebuah hotel bajet di Jalan Tok Lam di sini, hari ini.

Kejadian disedari pekerja hotel itu kira-kira pukul 9.30 pagi setelah mereka (pihak hotel) menyedari  mangsa tidak keluar dari bilik sejak dua hari lepas, tidak seperti kebiasaannya.

Difahamkan, mangsa yang juga seorang pemandu lori berusia lingkungan 50-an, menginap di hotel berkenaan kira-kira sebulan lepas dan sentiasa beramah mesra dengan pekerja hotel itu.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati, ​​​​​​anggota bomba dan polis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membawa turun mayat mangsa dari tingkat empat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi pemberita mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Katanya, punca kematian mangsa masih dalam siasatan polis.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.