Siakap Keli

Ribuan Berkumpul Ketibaan Jenazah Soleimani, Ayatollah Ali Bersumpah Balas Dendam

Sejak Ahad, beribu-ribu orang telah berkumpul bagi memberikan penghormatan kepada komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mejar Jeneral Qasem Soleimani. Beliau terkorban pada hari Jumaat lalu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS)

Jenazah Soleimani dilaporkan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz pada waktu Subuh semalam. Menerusi siaran langsung bagi stesen televisyen Iran, ribuan orang dilihat berkumpul di Dataran Mollavi dengan bendera hijau, putih dan merah. Ianya bertujuan untuk melambangkan darah mereka yang terkorban dalam krisis tersebut.

Kematian Soleimani sebelum ini didakwa oleh Trump adalah bagi menghentikan peperangan dan bukannya untuk memulakan peperangan yang lebih besar. Kematian Soleimani juga memberi kesan besar apabila dia dianggap sebagai hero perang Iran-Iraq dari tahun 1980 hingga 1988.

Sementara itu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dengan tegas bersumpah akan membalas dendam bagi kematian Soleimani sebelum mengumumkan tempoh tiga hari berkabung.

Sumber: Sinar Harian / SCMP

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra