Siakap Keli

Selepas Kebakaran Hutan, Australia Barat Kini ‘Diterjah’ Siklon Tropika Dengan Kelajuan Angin 125/KM Jam

Siklon tropika pertama di Australia Barat telah ‘menerjah’ pantai utara negara itu dengan kehadiran hujan lebat dan angin kencang.

Siklon tropika Blake itu dianggarkan bergerak 215km ke arah utara Broome pada petang Isnin dan dijangka mula bergerak ke selatan, dekat dengan Semenanjung Dampier.

Angin ribut dengan pergerakan 125km/jam dijangka berkembang pada awal Selasa antara Beagle Bay dan Bidyadanga, termasuk Broome, kemudian ke selatan Wallal Downs.

Amaran biru dikeluarkan bagi penduduk di antara Kuri Bay dan De Grey.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyediakan pek kecemasan seperti obor, radio mudah alih, bateri ganti, makanan dan air bagi menghadapi fenomena cuaca siklon ini.

Dalam masa yang sama, negara benua itu kini berhadapan dengan bencana kebakaran dahsyat yang sudahpun meragut nyawa hampir 500 juta hidupan liar dan juga 12 nyawa manusia setakat lima hari lalu.

Menurut laporan, Australia turut meminta bantuan daripada Amerika Syarikat dan Kanada untuk membantu dalam misi menyelamat ini.

Kredit: The Guardian, ABC

Nur Farra