Siapa yang tidak pernah tukar nombor telefon melebihi 10 tahun ?
Ada yang tukar no telefon hanya kerana plan yang digunakannya itu sering sahaja tidak mencukupi kuota datanya.
Walaubagaimanapun terdapat juga orang yang sering menukar nombor telefon oleh sebab-sebab yang tertentu. Antaranya ialah, masalah hubungan,telefon hilang, hutang keliling pinggang dan banyak lagi.
Tetapi jika nada seorang yang tidak menukar nombor telefon lansung dalam tempoh 10 tahun, itu bermakna anda mempunyai personaliti yang hebat.
Menurut kajian yang dijalankan di china, Amerika, dan Britain dikatakan mereka yang tidak menukar nombor telefon dalam tempoh 10 tahun adalah orang yang setia.
Hubungan
Antara sebab seseorang itu tidak mahu menukar nombor telefon adalah kerana takut hilang kenalan lama.
Tiada bebanan hutang
Jika sesorang itu banyak berhutang sudah semestinya dia selalu dihujani panggilan yang menuntut dia untuk membayar hutangnya.
Malas nak mendaftar
Biasanya untuk mendaftar nombor baru mengambil masa yang agak lama.
Plan telefon
Sudah selesa dan berpuas hati denagn plan internet yang sedia ada.
Maklumat peribadi
Kebanyakan info serta maklumat yang diisi dalam email mahupun sistem menggunakan nombor telefon. Jadi agak merumitkan jika perlu mengemaskini semula maklumat tersebut.
Sumber : Maukerja