Siakap Keli
Gambar:Capriceofficial

(Video)”Apa Yang Tak Kena Dengan Kau,” Caprice Tegur Pihak Persoal Larangan Jual Air Zam Zam

Sejak beberapa hari yang lalu, kembali kecoh diperdebatkan terutamanya di media sosial mengenai larangan penjualan air zam zam. Perkara ini adalah ekoran daripada kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memaklumkan individu yang menjual air zam-zam boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Walaupun perkara ini sudah dibincangkan pada tahun-tahun yang terdahulu, namun isu ini kembali menjadi hangat apabila KKM mengeluarkan kenyataan sedemikian. Timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen malah mengaitkannya dengan minuman keras yang dijual di negara ini.

Terkesan dengan perkara sedemikian, selebriti tempatan, Caprice mula buka suara bagi membidas tanggapan-tanggapan negatif terhadap larangan ini.

“Apa yang tidak kena dengan kau”

View this post on Instagram

Bodoh is also free. Jangan main telan je. #rapatkansaf2040

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Penjualan tidak dibenarkan

Menurut perkongsian tersebut, Caprice mempersoalkan individu-individu yang mengaitkan kerajaan yang mengharamkan penjualan air zam-zam. Jelasnya, yang dilarang ialah penjualan air zam zam dan bukannya tidak dibenarkan air zam zam sama sekali di Malaysia.

“Penjualan tidak dibenarkan, ianya dalam bahasa Melayu guys”

Malah, selebriti ini mengatakan bahawa perkara ini bukanlah perkara baru dan juga bukan sahaja di Malaysia larangan ini berkuat kuasa tetapi di negara lain juga. Perkara ini adalah kerana terdapat banyak air zam zam palsu yang dijual di pasaran Malaysia dan boleh menjejaskan kesihatan.

Kita tidak dibenarkan menjual air zam zam kerana ianya dihasilkan percuma.

Tidak terhenti setakat itu, Caprice juga meninggalkan teguran ‘pedas’ kepada pihak terlibat yang masih mempersoalkan larangan tersebut.

Sumber: capriceofficial

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra