Siakap Keli

“Berikan Saya Kekuatan Harungi Fitnah Ini,” Dr. Maszlee Kesal Masih Difitnah Walau Dah Jadi Rakyat Biasa

Susulan daripada perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik mendakwa ada sesetengah individu mendakwa beliau dipecat disebabkan perancangan King Salman Centre for International (KSCIP) seperti yang tular baru-baru ini.

Katanya, perkara ini adalah fitnah semata-mata dan tiada kaitan KSCIP dengan Kementerian Pendidikan Malaysia semasa beliau mengendalikan jawatan menteri. Bagaimanapun, Dr Maszlee kesal masih difitnah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Seperti dakwaannya di laman Twitter miliknya pada hari ini. Dr Maszlee kesal masih difitnah dan menegaskan perkara ini adalah fitnah semata-mata.

“Ini adalah fitnah”

Tidak pernah ada pun perancangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu.

Malah apa kaitannya dengan KPM?

Anda semua boleh semak dengan warga KPM. Segala gerak kerja saya, semua ada dalam laporan dan direkodkan.

Ya Tuhan. Berikan saya kekuatan untuk mengharungi fitnah ini. Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa.

Saya mohon agar fitnah sebegini dihentikan segera oleh sesiapa sahaja dalangnya, dan saya merayu sangat-sangat agar media menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan.

Terima kasih.

 

Sumber: Dr Maszlee Malik

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)