Siakap Keli

Kerajaan Australia Peruntuk Dana RM5.7 Bilion, Tubuh Agensi Kebakaran

Kebakaran di Australia tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berhenti dalam waktu yang terdekat dan ribuan manusia serta haiwan terjejas akibat daripada kebakaran itu.

Keadaan yang semakin genting memperlihatkan rakyat Australia serta masyarakat seluruh dunia menggesa kerajaan Australia untuk melakukan sesuatu yang proaktif bagi menghalang kebakaran itu terus berlaku.

Disebabkan itu juga, kerajaan Australia mengumumkan akan memperuntukkan dana sebanyak A$2 bilion (RM5.7 bilion) untuk tempoh dua tahun bagi memulihkan keadaan akibat krisis yang berlarutan selama beberapa bulan tersebut.

Perdana Menteri, Scott Morrison dalam satu sidang media berkata Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan agensi baharu dengan jumlah dana tersebut untuk menyelaraskan respon  bagi membina semula komuniti dan mata pencarian selepas kebakaran yang dahsyat telah berlalu.

Agensi Pemulihan Bushfire Nasional akan menyokong kerja-kerja pemerintah negeri dan wilayah yang akan bertindak sebagai pusat “one stop shop”.

Dana akan ditubuhkan untuk menyokong kerajaan tempatan, petani dan pengeluar utama serta memberikan sokongan kesihatan mental kepada responden pertama.

“Kami memberi tumpuan kepada kos kewangan, kos manusia dan memastikan kami boleh melakukan segala yang kami mampu, secepat mungkin untuk menyokong usaha pemulihan itu,” katanya.

Ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan ketidakcekapan Scott Morrison dalam mengendalikan masalah kebakaran ini sehingga ada kumpulan penunjuk perasaan merancang untuk mengadakan protes pada Jumaat ini.

Sumber: Sinar Harian, News.com.au

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.