Perdana Menteri terbaharu Finland, Sanna Marin, membangkitkan idea untuk melaksanakan jadual kerja yang lebih fleksibel di dalam negara itu melibatkan kerja empat hari seminggu dan waktu bekerja enam jam sehari.
Sanna berharap perubahan hari bekerja itu akan membenarkan semua pekerja boleh meluangkan masa bersama keluarga masing-masing.
Beliau yang juga mempunyai seorang anak adalah pemimpin gabungan kiri dengan empat lagi parti lain yang diketuai oleh wanita, tiga daripadanya berumur 35 tahun.
“Saya percaya bahawa setiap orang berhak untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga mereka, orang tersayang, hobi dan aspek-aspek lain dalam kehidupan seperti budaya,” katanya.
Selama menjadi Perdana Menteri, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan Finland.
Finland selama ini telah biasa mengamalkan kerja lapan jam sehari dan lima hari seminggu.
Cadangan mengurangkan waktu kerja tersebut diterima baik oleh Menteri Pendidikan, Li Andersson yang berkata adalah sangat penting bagi rakyat Finnish untuk mengurangkan hari bekerja.
Negara jiran mereka, Sweeden telah pun melaksanakan waktu bekerja enam jam sehari yang bermula pada tahun 2015 dan keputusan menunjukkan bahawa pekerja lebih gembira, kaya dan produktif.
Microsoft Jepun juga telah mengambil langkah yang berani pada November lalu dalam usaha untuk meningkatkan keseimbangan dalam kerja dan kehidupan dengan memperkenalkan hujung minggu selama tiga hari untuk pekerja mereka.
Sumber: Daily Mail