Siakap Keli

“Terpaksa Tangguh Yuran Anak,” Guru Kongsi Perih Wanita Bayar Yuran Enam Orang Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keterujaan kanak-kanak memasuki sesi persekolahan pada tahun 2020 sememangnya sesuatu yang mengembirakan tenaga pendidik dan ibu bapa. Namun begitu, disebalik keterujaan itu, terdapat juga segelintir ibu bapa yang terjerumus dalam kekangan kewangan untuk membayar yuran persekolahan.

Begitulah yang dikongsikan melalui akaun Twitter Musyetaq, apabila terdapat seorang ibu yang tidak dapat membayar yuran persekolahan anaknya secara penuh.

“Saya bayar RM30 dulu boleh Ustaz. Duit saya tak cukup nak bayar. Boleh kan”

Gaji suami cukup-cukup makan

Guru tersebut yang memahami situasi wanita berkenaan turut bersetuju dengan bayaran itu. Tambahnya lagi menerusi ciapan itu, pada tahun ini terdapat enam orang anaknya yang memasuki sekolah. Kewangannya bertambah buntu apabila dia juga perlu membayar cukai jalan bagi keretanya.

Sebenarnya ramai yang susah

Situasi yang dialami oleh wanita berkenaan merupakan situasi yang biasa berlegar di dalam masyarakat kita. Tambah ciapan tersebut, terdapat seorang pakcik tua yang turut mengalami masalah kewangan untuk membayar yuran cucunya.

Terpaksa anak yuran anak darjah satu

Berbalik kepada wanita berkenaan, sebenarnya dia masih mempunyai seorang anak darjah satu. Yuran bagi pengajian anaknya juga terpaksa ditangguhkan kerana tidak cukup wang untuk menampungnya.

Sumber: Musyetaq

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.