Siakap Keli
Foto: The Jakarta Post

“Tiada Dalam Asas Undang-Undang,” Indonesia Tolak Tuntutan China Terhadap Perairan Natuna

Indonesia menolak jemputan kerajaan China untuk mengadakan rundingan dialog untuk ‘menguruskan perselisihan faham’ ke atas zon Ekonomi Eksklusif Indonesua (EEZ) di laut Natuna Utara. Kerajaan China mendakwa tidak terdapat pertindihan tuntutan di kawasan tersebut.

Susulan pendedahan mengenai gelombang kegiatan haram oleh pegawai pantai dan kapal nelayan China di perairan Natuna pada minggu lalu. Indonesia memanggil duta China ke negara itu, Xiao Qian untuk membuat bantahan secara rasmi.

Kementerian Luar Indonesia berkata ia tidak akan mengiktiraf ‘Nine-dash Line’ China, yang menjadi gambaran geografi tuntutan menyeluruh China di Laut Timur, kerana bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Indonesia semalam memberi maklum balas yang tegas dengan menolak tuntutan itu.

Kementerian itu berkata, tuntutan China adalah ‘unilateral’, tidak mempunyai asas perundangan dan tidak pernah diiktiraf oleh UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982, lapor Jakarta Post.

Menurut akhbar itu, Agensi Keselamatan Maritim Indonesia (BAKAMLA) mencatatkan bahawa bagi tempoh 19 hingga 24 Disember, sekurang-kurangnya 63 kapal nelayan dan pengawal pantai China memasuki perairan Natuna.

“Indonesia juga boleh menjemput negara-negara ASEAN untuk mengkaji kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan dengan China,” kata Charles Honoris anggota Dewan Pertahanan Indonesia.

Sumber: TheJakartaPost

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)