Siakap Keli

Tunggu Mangsa Luar Kelab Malam, Bawa Balik Rumah, ‘Lelaki Predator’ Dipenjara 136 Kes Rogol

Seorang lelaki dari Indonesia yang dianggap sebagai ‘perogol paling prolifik dalam sejarah undang-undang British’ telah dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangya 30 tahun dalam satu perbicaraan di Manchester Crown Court. Lelaki tersebut dihadapkan dengan 159 kesalahan seksual terhadap 48 mangsa lelaki di Manchester.

Lelaki yang sedang melanjutkan pelajaran PHD di University of Leeds itu juga menghadapi 136 tuduhan rogol, lapan tuduhan melakukan percubaan rogol, 14 serangan seksual dan satu serangan terhadap penebusan.  Penyiasat mengatakan bahawa mereka tidak dapat mengenal pasti 70 lagi mangsa dan memanggil sesiapa yang percaya bahawa mereka mungkn telah diserang atau didera oleh suspek.

Polis juga mengatakan bahawa mereka mempunyai bukti bahawa lelaki 36 tahun itu mensasarkan sekurang-kurangnya 190 mangsa.

Kesemua mangsanya tidak menyedarkan diri kerana suspek dipercayai menggunakan GHB, penenang dan anestetik yang juga boleh membawa maut kepada mangsa. Apabila sedar, kebanyakan mangsa tidak mengingati apa yang telah berlaku.

Kredit Foto: CNN.com

Suspek akan menunggu mangsa-mangsanya di luar kelab malam dan bar sebelum membawa mereka ke flatnya di Montana House, Princess Street dengan ‘tawaran’ untuk minum dan memanggil teksi. Suspek juga merakamkan segala jenayahnya.

Kredit Foto: News sky.com

Lelaki tersebut menafikan semua tuduhan terhadapnya dan mendakwa bahawa kesemua aktiviti seksual tersebut berlaku kerana suka sama suka dan setiap orang lelaki telah bersetuju untuk dirakam sambil berpura-pura tidur. Hakim menganggap bahawa hujah pertahanan lelaki terbabit sebagai ‘menggelikan’.

Dalam kenyataan mangsa yang dibacakan di mahkamah, seorang mangsa berkata bahawa lelaki tersebut telah memusnahkan kehidupannya malah ada mangsa yang berharap lelaki itu tidak keluar dari penjara dan akan masuk neraka.

“Dalam tempoh tertentu, saya tidak boleh bangun dan menghadapi hari-hari yang mendatang,” kata salah seorang mangsa.

Ramai mangsa tidak sedar bahawa mereka telah dirogol sehingga mereka dihubungi oleh pihak polis.

Sumber: BBC News, Buzzfeed News

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra