Siakap Keli
Gambar: Airline Ratings

(Video) Misteri Mungkin Terbongkar, Dokumentari MH370 Dedah Dakwa ‘Wanita’ Hubungi Penumpang Sebelum Terhempas

Kembali menjadi bualan komuniti dunia mengenai misteri kehilangan MH370 setelah satu dokumentari mendedahkan seorang wanita misteri yang dapat memberikan petunjuk.

Menerusi pratonton MH370: The Untold Story, seorang pakar mendakwa bahawa mereka telah mengesan seorang ‘wanita misteri’ yang telah menghubungi seseorang dalam pesawat itu. Wanita itu didakwa telah menghantar mesej kepada seorang lelaki dua hari sebelum pesawat itu dilaporkan hilang.

Sementara itu, pada tahun 2014, pihak berkuasa telah menyiasat seorang wanita misteri yang membuat panggilan telefon selama dua minit kepada kapten MH370, Zaharie Ahmad Shah sejurus pesawat itu berlepas. Ketika panggilan itu dibuat, dia dikatakan menggunakan kad SIM berbayar yang diperolehi di bawah identiti palsu.

Ianya merupakan salah satu panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada kapten tersebut sebelum Boeing 777 itu meninggalkan Kuala Lumpur. Nombor telefon berkenaan juga dikesan pada sebuah kedai di Kuala Lumpur dan pihak berkuasa khuatir sekiranya ianya mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Gambar: The Week Co Uk

Pada 8 Mac 2014, penerbangan Malaysia Airlines Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang dari radar ketika penerbangan menuju ke Beijing. Misteri kehilangan pesawat itu telah berlarutan selama enam tahun.

Sumber: The Sun

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra