Siakap Keli
Foto: nadia fariha

Wanita Terkenang Tragedi 2019, Hilang Ibu & Anak Dalam Kandungan, Dakwa Dirempuh Pemandu Lori Mengantuk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ujian yang paling terkesan dalam kehidupan harian seseorang adalah kehilangan orang tersayang. Apatah lagi jika orang yang ‘pergi’ itu adalah ibu. Walaupun ianya pahit untuk ditelan, tetapi perlu redha.

Namun, hanya jiwa yang tabah sahaja dapat menerima ujian Allah yng berat ini. Seorang wanita terlibat dalam sebuah kemalangan yang meragut nyawa ibu tercinta dan anak kecil dalam kandungannya.

Seperti Nadia Fariha berkongsi cerita tragedi hitam yang mengubah kehidupannya 100 peratus apabila kenderaan mereka dirempuh pemandu ‘mengantuk’.

“Mak Usu awak nak tahu tak nenek saya meninggal”…

Kejadian 5/01/19 tapi nad nak cerita bermula dari malam sebelum kejadian. Mak dah seminggu demam dan tak ada selera makan. Malam tu nad tengah makan dekat meja makan, tiba-tiba anak buah yang paling rapat dengan emak datang bagi tahu “mak usu awak nak tahu tak nenek saya meninggal”.

Lepastu Nad tegur dia “bukan nenek awak lah meninggal tu nenek orang lain”. Mak keluar dari bilik terus bagi tahu emak “emak annas cakap mak meninggal”. Mak tak marah tak apa, mak cuma senyum je. Yang annas terus cakap “entah lah saya tak tahu lah mana saya dapat”.

Keesokan harinya tu siap-siap nak pergi Cameron sebab mak ajak dari sebelum mak demam tu. Tapi pagi tu masuk bilik emak cakap kat mak “mak kita takyah lah pergi sebab emak tak sihat tu nanti adik beradik lain bising pula”. Emak jawab “eish pergi je lah, takpa”.

Mak senyap je, tak banyak cakap

Dah gerak tu sempat lah pergi kedai gambar sebab nak ambil gambar untuk pergi umrah. Gambar emak kat atas tu gambar masa hari kejadian tu lah. Pelik juga tengok emak masa tu sebab emak senyap jee tak banyak cakap dan tiba-tiba rasa tak sedap hati bila tengok emak lain.

Sampai dekat petrol pum jalan Duta tu suami berhenti sekejap untuk solat. Lepastu mak minta beli kan asam dan air mineral. Dah masuk kereta tu mak makan asam tu sikit je sebab tak kena dengan tekak, nad pula ada beli sandwich & suap kan dekat mak sikit sebab risau perut mak kosong.

Ohh lupa nak bagi tahu yang pergi Cameron tu berlima, ada mak mertua, adik ipar, suami, Nad dan emak.

Kereta tiba-tiba mati sendiri…

Dah selesai semua kat situ kami mula kan perjalanan balik tapi sampai dekat area KM449 jalan highway Sungai Buloh ke Rawang tu kereta tiba-tiba mati sendiri. Suami terus ketepi dan berhenti dekat lorong kecemasan. Suami dan mak mertua keluar tengok kereta.

Bunyi kereta kat highway bising dan rasa macam ada benda nak jadi…

Emak duduk tepi pintu sebelah kiri sebab borak dengan emak mertua dan suami. Nad duduk dekat bahagian tengah sebelah emak. Adik ipar duduk depan. Masa tu dengar bunyi kereta kat highway tu kan bising dan dengan hati tak sedap terus fikir rasa macam ada benda nak jadi.

Suami dah call minta bantuan plus tapi makan masa sikit sebab tak cukup towing, so kami kena tunggu. Sampai pukul 6 kot kejadian tu berlaku. Masa nie Nad dah tak ingat apa-apa dan Nad akan cerita apa yang suami cerita.

Treler datang dari jauh, ingatkan nak berhenti tetapi seret kereta jauh…

Yang nie berdasarkan suami(zul) cerita sebab dia tengok apa yang berlaku. Zul tengok treler tu ke tepi, dia ingat treler tu nak berhenti ke tepi ke apa sebab jalan lurus kan. Sekali dah dekat sangat dia tolak mama(mak mertua nad) ke longkang tepi tu & dia terjatuh sekali.

Treler tu seret kereta jauh juga. Tapi tak pasti mak jatuh awal ke apa, mak sempat bangun pergi dekat zul & baring. Zul & mama ajar mak mengucap. Emak pandang zul & air mata mengalir baru zul teringat adik & nad ada dalam kereta.

Ada orang bagitahu, treler tu ke kiri ke kanan sebab mengantuk…

Zul lari dekat kereta sebab takut kereta terbakar ke apa. Zul angkat adik dia dulu & baru keluar kan nad tersepit kat bahagian belakang bawah tu. Zul bagi tahu juga ada satu motor tu bagi tahu dari tadi lagi treler tu bawa ke kiri ke kanan sebab mengantuk.

Tak lama lepastu mak meninggal kat sana juga. Semua adik beradik sampai kat tepi highway tu. Ambulans sampai, Nad, adik ipar, suami dan mak mertua di hantar ke hospital Sg Buloh. Zul dah dalam ambulans baru perasan 2 jari dia patah & dia bagi tahu nad ada tersedar sekejap cakap sakit.

Mak di post-morterm malam tu & keesokan harinya baru di kebumi kan. Abang tak bagi zul balik sebab suruh pantau nad kat icu. Actually baby dalam kandungan tak ada apa-apa pun, cuma doktor nak selamat kan ibu dulu. Jadi Nad kena x-tray & under morphine

6/1/19 zul bagitahu baru bleeding, paru kena tebuk sebab ada cecair dalam paru, tulang rusuk & pinggul retak & banyak lagi dalaman yang kena tapi tak teruk mana. Ada kawan yang melawat cakap Nad sedar jawab pun sepatah-sepatah tapi Nad tak ingat sebab under morphine kan.

10/1/19 baru Nad betul-betul sedar, maybe morphine dah kurang tapi mata still kabur-kabur. Tengok kiri kanan pelik asal ada kat hospital. Tapi takda orang teman. Tak lama lepastu Zul datang.

Pelik sebab mak tak datang jenguk…

Zul : “Kejap lagi adik beradik nak datang.”

Nad : “Mak pun ada kan?”

Zul : “Ye InshaAllah mak ada”

Lepastu nad senyap je lah sbb tengah blur-blur lagi. Sebab Nad pelik juga kenapa mak tak ada kat hospital jenguk nad ke apa kan.

Doktor sampai nak buka tube untuk keluar kan cecair tu & jahit time kita sedar tu(tapi nad tahu dia jahit lepas dah siap tu). Adik beradik sampai & tak sempat abang nak bagi tahu, nad terus sambung “mak dah takda kan”. Tapi Nad tak nangis ke apa sebab tengah blur lagi.

Baby gugur pun nad tahu hari tu juga & keluarkan baby secara normal 25/1/19 sebab baby dah ada bentuk & baby tu baby lelaki. Dah balik dari hospital tu baru lah nad terasa sedih sebab emak dah tak ada.

Nak jalan pun agak payah sebab sakit pinggul itu ini tapi Alhamdulillah pergi umrah & dekat sana terus tak rasa sakit bila jalan.

Emak 1/1/1957 – 5/1/2019. Minta sesiapa yang baca thread nie sedekah kan Al-fatihah untuk emak nad, thank you.

 

Sumber: Nadia Fariha

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.