Siakap Keli

35 Maut, 48 Cedera Semasa Majlis Pengebumian Soleimani Di Iran

MOSCOW, (Bernama) — Tiga puluh lima orang maut manakala 48 lagi cedera dalam insiden rempuhan membabitkan orang ramai yang bersesak di jalan-jalan di bandar Kerman, Iran bagi mengikuti majlis pengebumian Qasem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang terbunuh dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas.

Agensi berita Rusia Sputnik, yang memetik laporan Stesen Penyiar Republik Islam Iran (IRIB) pada Selasa, melaporkan bahawa majlis pengebumian itu bermula di Kerman, yang merupakan kampung halaman Soleimani, pada Selasa pagi.

“Malangnya, berikutan rempuhan dan perhimpunan besar-besaran peserta yang ingin mengikuti majlis pengebumian di Kerman, sejumlah orang maut manakala mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital,” kata Pir Hossein Kulivand, ketua perkhidmatan kecemasan Iran.

Beliau berkata situasi itu sedang diteliti dengan maklumat tambahan yang akan disalurkan kemudian.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.