Siakap Keli

“Bila Tiba Perayaan Tahun Baru Cina, Pandai Pula Tuntut Cuti.” – Syed Saddiq

Toleransi di antara kaum di Malaysia sentiasa menjadi lambang keharmonian dan kemegahan yang perlu dipupuk serta dijaga selalu agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang anasir yang boleh memusnahkan ikatan tersebut.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini kita sering ‘dihidangkan’ dengan pelbagai isu yang boleh mendatangkan ketegangan di antara semua kaum di Malaysia.

Terbaru, aduan ibu bapa di sebuah sekolah berkaitan perhiasan perayaan Tahun Baharu Cina menjadi satu isu yang tular di media sosial.

Melalui aduan tersebut, ibu bapa dilihat tidak senang hati dengan perhiasan tersebut. Ia menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, untuk  memberikan komen berkaitan isu tersebut.

Bila tiba perayaan tahun baru cina, pandai pula tuntut cuti

Ciapan Syed Saddiq itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau dan ada juga netizen yang bersetuju dengannya serta berharap perkara ini tidak menjadi isu yang besar.

Ada pihak yang berniat untuk menimbulkan kekacauan, jika kita marah ia menjadi kemenangan kepada mereka namun jika kita bangkit dan meraikan semua perayaan bersama, ia merupakan kejayaan kita. Ayuh bangkit bersama-sama mempertahankan negara daripada pemusnah di atas nama kaum.

Sumber: Syed Saddiq

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra