Siakap Keli

“Dah Tahun 2020, Boleh Tak Hentikan Budaya Cium Bayi Orang Yang Bukan Anak Kita ?”

Bayi baru lahir memang selalu menerima kunjungan tetamu. Tidak kiralah keluarga terdekat, saudara-mara serta rakan-rakan kenalan ibu bapa yang seronok meraikan kehadiran orang baru.

Apabila terpandang wajah bayi yang comel tentu saja ramai yang teruja untuk mencium mereka.

Kita dah masuk tahun 2020, Boleh tak kita hentikan budaya cium-cium bayi orang lain yang bukan anak kita sendiri?

Menerusi perkongsian @AimanPsikologi di akaun Twitter miliknya itu, dia tidak menggalakkan budaya mencium bayi orang lain.

Perkara tersebut boleh membawa kemungkinan bayi untuk terkena pelbagai jangkitan penyakit.

Berbeza dengan orang dewasa, bayi memiliki daya tahan tubuh yang lemah. Hal ini membuat tubuh bayi mudah terinfreksi dengan kuman dan virus.

Sememangnya kita akan geram bila melihat bayi dan rasa nak cium-cium. Tapi apabila bayi itu sakit, demam atau jangkitan sebab air liur kita, nak bertanggungjawab ke?

Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dengan budaya cium bayi orang lain tanpa memikirkan risiko kesihatan yang bakal diterima oleh bayi tersebut.

Part paling xsuka bila dtg melawat baby bawa anak sekali pstu suruh anak ‘cium baby cium baby’…

Kadang bila dah pesan pun masih buat2 x dgr,still cium…

Sumber: Twitter AimanPsikologi

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)