Menurut berita tempatan, dua kelas tahun 2 di sebuah Sekolah Kebangsaan Cina (SKJC) di Pulau Pinang di arah tutup selama 11 hari bermula pada hari ini selepas 19 orang muridnya dijangkiti virus Influenza A.
Menurut Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPNPP) membuat siasatan selepas menerima aduan dari pihak sekolah yang mendapati 18 murid dari dua kelas tidak hadir ke sekolah sejak Selasa lalu.
Satu kenyatan hari ini dikeluarkan oleh Pengarah JPN berkata siasatan mendapati lima daripada murid tidak hadir ke sekolah kerana dijangkiti influenza A manakala tiga lagi mengalami simptom demam, batuk dan selesema.
Beberapa lagi murid dikuarantin waris masing-masing di rumah kerana bimbang anak mereka dijangkiti virus tersebut.
Beberapa lagi orang murid yang berada di kelas lain turut didapati tidak hadir ke sekolah atas sebab dijangkiti Influenza A.
Beberapa langkah pencengahan turut diambil bagi mengelakkan merebaknya virus influenza dengan mengarahkan smeua guru dan murid membersihkan tangan masing-masing.
Justeru itu, JPN menyeru kepada para murid dan guru dinasihatkan memakai menutup hidung bagi mengelakkan influenza merebak. Kelas tersebut diarahkan tutup sehingga 18 Januari depan bagi mengelakkan wabak influenza menjadi lebih serius.
Sumber: Astro Awani