Sekumpulan sukarelawan yang dianggotai wanita-wanita muslim sanggup travel ke Victoria untuk menghulurkan bantuan kepada anggota-anggota Bomba yang memadamkan kebakaran besar yang berlaku di Australia.
Ahli-ahli Newport Islamic Society memasak makanan untuk anggota bomba yang kepenatan di Brigade Bomba Sukarela Johnsonville, Australia pada hujung minggu.
Para bomba yang sangat berani itu telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memadamkan dan menghentikan kebakaran yang telah berleluasa di Gippsland Timur sejak minggu lepas.
“Sangat menyedihkan melihat keadaan mereka. Mereka terlalu letih”, sukarelawan Lookman El Kurdi memberitahu Daily Mail Australia.
Ahli-ahli Newport Islamic Society yang memasak makanan untuk anggota bomba pada hujung minggu.
“Rasanya sangat baik sekurang-kurangnya dapat memberi sokongan dengan memberi mereka makanan dan mendoakan mereka tanda ingat terhadap pengorbanan mereka”,
Kami melihat semua kebakaran hutan yang berlaku di sekitar Australia dan merasakan kami perlu juga untuk melakukan sesuatu.
Kami mencari dan dalam masa 48 jam kami telah mengumpul banyak barangan.
Beratus-ratus rumah telah musnah akibat dari padang belukar yang terbakar di seluruh Gippsland Timur.
Banyak komuniti telah terlantar akibat daripada api aytau kepanasan yang dahsyat.
Sumber : Dailymail