Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan notifikasi ke atas 37 produk kosmetik atas isu campur palsu.
Antara bahan kimia yang didapati dalam produk terlibat adalah merkuri, hyrdoquinone dan tretinoin.
”Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.”, kata kenyataan tersebut.
Lantaran itu, semua produk terlibat tidak lagi dibenarkan dijual dan diedarkan di pasaran.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dinyatakan dibawah. Pengguna yang mengalami sebarang permasalahan selepas penggunaan digesa untuk mendapatkan nasihat doktor.
Senarai penuh produk boleh dilihat disini.
Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik Pada Tahun 2019 Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan…
Posted by Public Health Malaysia on Saturday, 4 January 2020
Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Public Health Malaysia