Siakap Keli

KKM Sahkan 37 Kosmetik Ini Dibatalkan Notifikasi Pada 2019 Kerana Mengandungi Racun Berjadual Tak Dibenarkan

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan notifikasi ke atas 37 produk kosmetik atas isu campur palsu.

Antara bahan kimia yang didapati dalam produk terlibat adalah merkuri, hyrdoquinone dan tretinoin.

”Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.”, kata kenyataan tersebut.

Lantaran itu, semua produk terlibat tidak lagi dibenarkan dijual dan diedarkan di pasaran.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dinyatakan dibawah. Pengguna yang mengalami sebarang permasalahan selepas penggunaan digesa untuk mendapatkan nasihat doktor.

Senarai penuh produk boleh dilihat disini.

Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Public Health Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.