Siakap Keli

Majikan Perlu Ada Permit Untuk Arah Staf Wanita Kerja ‘Over Time’ Lebih Dari Pukul 10 Malam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerja shift sememangnya akan menawarkan bayaran yang lumayan. Namun ia juga boleh membawa kepada risiko yang tinggi terutamanya dalam kalangan wanita.

Ada sesetengah majikan suka mengerahkan pekerja mereka untuk bekerja lebih masa. Biarpun ditawarkan bayaran OT, pekerja wanita harus ingat bahawa Akta Kerja 1955 telah menetapkan peraturan bagi pekerja wanita.

Menerusi perkongsian Syamsul Rijal Jamil seorang koonsultan sumber manusia di akaun Facebooknya yang menjelaskan hak wanita dalam Seksyen 34(1) Akta kerja 1955.

Merujuk kepada Seksyen 34(1) Akta Kerja 1955, Wanita tidak dibenarkan bekerja selepas dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

Ini bermaksud, wanita harus berada dirumah bersama suami dan anak-anak sehinggalah pukul 5 pagi.

Namun, Seksyen 34(1) Akta Kerja ini juga membenarkan jika wanita ini ingin bekerja pada shift malam (7 pm-7am) dengan syarat, Majikan PERLU mendapatkan PERMIT KERJA atau KEBENARAN dari Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (DGIR) terlebih dahulu.

Jika Majikan TIDAK MEMPUNYAI PERMIT ini, maka Majikan tertakluk kepada amaran, arahan dan tindakan undang-undang berbentuk penalti dari Jabatan Tenaga Buruh.

Asal sahaja pekerja wanita itu bekerja dalam tempoh mulai atau sebelum jam 10 malam dan melepasi jam 5 pagi, permit atau kebenaran bekerja harus ada.

Sumber: Syamsul Rijal Jamil

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)