Siakap Keli

Perang AS-Iran Masuk Gelombang Kedua, Malaysia Dijangka Terkena ‘Tempias’ – Laporan

Sejak awal pagi tadi, kita digemparkan dengan berita pangkalan udara tentara Iran yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) telah diserang. Serangan peluru berpandu itu dilaporkan dilancarkan dari Iran bagi mensasarkan dua pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera AS dan sekutunya.

Konflik yang dialami oleh AS dan Iran dilihat telah menjadi kebimbangan bagi komuniti setempat dan tidak terkecuali komuniti dunia juga. Perkara ini adalah kerana hubungan diplomatik yang dijalinkan oleh banyak negara juga turut wujud dengan kedua-dua negara nuklear itu.

Paling memberi kesan daripada segi ekonomi kerana Iran merupakan antara pengeluar minyak yang tertinggi. Perkara sedemikian turut dipersetujui oleh Penganalisis Politik, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed. Menurutnya, negara besar seperti Rusia dan China mempunyai hubungan baik dengan Iran.

Lebih membimbangkan, Malaysia yang berstatus sebagai negara kecil juga akan terkena tempias daripada konflik berkenaan.

Sekutu Iran seperti Rusia dan China pasti akan mengambil tindakan juga seperti menekan ekonomi AS melalui pelbagai sekatan perdagangan. Jika ekonomi global terkesan akibat peperangan ekonomi, Malaysia sebagai negara kecil akan menerima kesan buruk.

Lain pula pendapat yang diutarakan oleh Profesor Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Kamarulnizam Abdullah, krisis yang sedang berlaku sebenarnya dapat memberi kelebihan kepada Malaysia sebagai negara pengeluar minyak.

Kenyataannya itu adalah ekoran daripada jangkaan harga minyak dunia akan naik sekiranya berlakunya peperangan. Pun begitu, beliau terpaksa bersetuju bahawa Malaysia akan tetap menerima kesan buruk dari sudut perdagangan disebabkan kenaikan nilai dolar AS.

Kenaikan harga minyak dari satu segi akan memberi kesan positif kepada Malaysia kerana kita akan dapat limpahan dari harga minyak. Pada masa sama, kenaikan harga minyak juga akan menyebabkan kos lain meningkat di seluruh dunia. Itu juga memberi kesan kepada kita.

Menurut Pensyarah Jabatan pengajian kenegaraan dan ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Profesor Dr Zaid Ahmad, serangan yang berlaku antara dua buah negara itu akan mengundang malapetaka yang lebih besar. Malah, tiada pihak yang akan mendapat keuntungan daripada konflik yang berlaku.

Ekoran itu, diharapkan agar krisis yang melanda kedua-dua negara besar ini tidak berpanjangan dan tidak memberi kesan yang besar kepada negara lain terutamanya Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra