Kuala Lumpur, 8 Jan – Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan ruang udara Iran lantaran konflik yang berlaku.
Tindakan ini berikutan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlaku di negara tersebut.
Terbaru, Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan AS di Iraq sebagai tindak balas pembunuhan komander Kor Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat lalu oleh AS.
Sebentar tadi, pesawat penumpang milik Ukraine dipercayai terhempas berdekatan lapangan terbang Iran.
BREAKING: Malaysian Airlines to avoid Iranian airspace
— The Spectator Index (@spectatorindex) January 8, 2020
Sumber: The Spectator Index, Reuters