Siakap Keli
Gambar: Vanity Fair

“Semuanya Baik-Baik Saja, Kita Ada Tentera Paling Berkuasa Di Dunia” – Trump

Serangan yang dilancarkan dari Iran ke Pangkalan udara tentera Iraq telah  menggemparkan dunia sejak awal pagi tadi lagi. Peluru berpandu yang dilancarkan telah mensasarkan dua pangkalan tentera Iraq yang menempatkan kakitangan tentera AS dan sekutu AS di Al-Assad dan Irbil.

Dalam laporan yang lain, Iran telah memberi amaran keras bahawa mereka akan menyerang Haifa (Israel) dan Dubai (UAE) sekiranya AS membalas serangan misil mereka.

Lantaran serangan itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melalui laman Twitter mengatakan keadaan terkawal dan dalam keadaan yang baik.

Tambahnya melalui ciapan itu, tiada masalah yang dihadapi setakat tweet itu dimuat naik dan penilaian kerosakan dan korban sedang dalam penilaian.

Tegasnya melalui kenyataan itu, mereka mempunyai kekuatan tentera yang berkuasa di seluruh tempat di dunia. Kenyataan itu bagaikan satu amaran kepada Iran bahawa Amerika Syarikat boleh bertindak bila-bila masa sahaja kerana kekuatannya yang berada di seluruh negara.

Gambar: Deadline

Trump juga menambah bahawa dia akan membuat kenyataan pada keesokan paginya mengikut waktu tempatan di sana.

Sumber: Donald J. Trump

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra