Siakap Keli
Gambar: Guidingtech

“Sudah Tahun 2020, Masih Ada Hantar Gambar ‘Private Parts’ Kepada Saya” – Dr Amalina

Dr Amalina sememangya terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tambahan lagi beliau sering mencuri tumpuan umum melalui ruangan Twitter miliknya. Beliau yang berpengkalan di luar negara itu sering berkongsikan pendapat mengenai kesihatan kepada orang ramai.

Mungkin disebabkan itu jugalah terdapat segelintir warganet yang menghantar gambar ‘private parts’ kepadanya untuk mendapatkan rawatan dan juga nasihat.

Sudah tahun 2020, tapi masih ada yang menghantar gambar ‘private parts’ dan anggota tubuh badan kepada saya untuk mendapatkan diagnosis, rawatan dan nasihat perubatan.

Sememangnya Dr Amalina sering memberikan nasihat mengenai kesihatan di ruangan Twitternya, namun untuk memberikan rawatan kepada individu melalui akaun Twitter adalah mustahil. Tambahnya, doktor pun tidak boleh membuat rundingan secara terus melalui sosial media.

Untuk makluman anda semua, doktor tidak boleh buat 1 to 1 consultation melalui media sosial.

Melalui ciapannya yang lain, Dr Amalina juga menegaskan bahawa dia bukanlah Dr Strange yang boleh memberikan rawatan dari jarak jauh. Dr Amalina juga turut menasihati orang ramai yang mengalami masalah kesihatan untuk berjumpa doktor di klinik ataupun hospital berdekatan.

Tambahnya, telah berkali-kali dia bercakap mengenai perkara sedemikian namun masih ada yang melakukan perkara sama walaupun telah masuk pada tahun baru.

Atau hang nak saya chop chop hang kaaaa….

Menjengah ke ruangan komen, terdapat juga segelintir warga Twitter yang menganggap perkara sedemikian sepatutnya dilakukan.

“Kat Malaysia dah ramai sangat yang penyakit mental kronik”

“Saya geli sebab tak biasa tengok”

“Mungkin mereka rasa doktor boleh x ray dari jauh”

Sumber: Dr Amalina

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra