Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI: Iran Beri Amaran Serang Israel & UAE Jika AS Balas Serangan Peluru Berpandu

Iran memberi amaran keras bakal menyerang Haifa (Israel) dan Dubai (UAE) jika AS membalas serangan misil mereka di dua pangkalan tentera AS di Iraq baru-baru ini.

“Kami beri amaran kepada AS yang dahagakan darah, tindakan jahat atau agresif terhadap Iran akan menyebabkan tindak balas yang lebih menyakitkan,” kata wakil Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Iran menyerang dua pangkalan AS di Iraq sebagai tindakan balas dendam atas pembunuhan komander IRGC, Qasem Soleimani Jumaat lalu.

Lantaran itu, pakar menasihatkan rakyat AS agar meninggalkan Dubai, Israel dan Iraq dengan kadar segera.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini mendakwa mereka mengambil langkah berkecuali dalam krisis AS-Iran tersebut.

Sumber: The Jerusalem Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.