Siakap Keli

Tragedi Pesawat Ukraine Terhempas: Semua 176 Penumpang Disahkan Terkorban

Pesawat penumpang milik Ukraine dipercayai terhempas di Iran. Kesemua 176 orang yang menaiki pesawat International Airlines Boeing 737 Ukraine yang terhempas selepas berlepas dari Tehran telah meninggal dunia, laporan TV negera Iran.

Berikutan dengan perkara tersebut, Ukraine International Airlines mengeluarkan kenyataan mengatakan ia telah menggantung semua penerbangannya ke Tehran sehingga diberitahu.

Ia juga mengesahkan bahawa penerbangan PS752, beroperasi ke Kiev, hilang dari radar selepas beberapa minit berlepas.

Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tehran pada jam 6:10 pagi.

Syarikat penerbangan itu menyatakan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas.

Sumber: CNN

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.