Siakap Keli

(Video) Warga Maya Dedah ‘Misteri Pekerja R&R’ Pergi Balik Kerja

Menempuh perjalanan yang jauh dalam masa yang agak lama sudah pastinya boleh menimbulkan rasa penat terutamanya kepada pemandu. Disebabkan itu jugalah wujudnya kawasan Rehat & Rawat (RNR) di beberapa kawasan di atas lebuhraya. Kebiasaanya, kita akan melihat RNR berada di tengah-tengah lebuhraya yang agak jauh daripada persimpangan masuk ataupun keluar.

Jadi, ianya pastinya menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna mengenai cara pekerja-pekerja di RNR untuk pulang ke rumah. Perkara ini telah menjadi tanda tanya bagi kebanyakan orang yang hairan adakah pekerja-pekerja RNR perlu memasuki lebuhraya dan membayar tol setiap hari ?

“Ni la soalan yang bermain di minda saya sejak sekolah rendah”

Berdasarkan ciapan persoalan tersebut, rata-rata warga Twitter memberikan respon bersama pendapat masing-masing bagi menjawab persoalan berkenaan.

Melihat kepada respon-respon yang diberikan, antara jawapan yang paling banyak diterima ialah terdapat lorong kecil di belakang RNR yang boleh menghubungkan kepada kawasan perumahan. Pun begitu, bagi kebanyakan lorong tersebut hanya sesuai diakses menggunakan motosikal dan agak sukar untuk kereta melaluinya.

“Biasanya belakang RNR tu ada jalan dia balik ke perumahan, kampung, jalan biasalah bukan highway”

“Belakang RNR tu ada jalan kebun boleh lalu. Selalu orang kampung situ yang kerja situ”

“Ada jalan belakang, jalan kelapa sawit, pekerja kebanyakannya lalu jalan tu, malam-malam gelap la tapi dah biasa tak takut sangat”

Pun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa terdapat juga pekerja yang perlu memasuki lebuhraya sebelum keluar di persimpangan yang paling dekat. Kemudiannya, dia perlu mengikut jalan lama untuk menuju ke kawasan rumahnya.

“Memang payah sikit kalau RNR takda jalan nak U-turn. Tapi ada je jalan singkat. Pandai-pandai la cari”

Sememangnya persoalan mengenai pekerja RNR untuk pulang ke rumah telah menyelubungi pemikiran ramai orang. Apa tidaknya, dengan keadaan hutan dan ladang kelapa sawit di sekeliling RNR, sudah pastinya menjadi tanda tanya di manakah kawasan perumahan yang terdekat.

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra