Siakap Keli

Agensi Perisikan Barat Percaya Tiada Bukti Pesawat Ukraine Terhempas Kerana Ditembak Peluru Berpandu

Penilaian awal yang dibuat oleh Agensi Perisikan Barat berkenaan dengan tragedi pesawat penumpang Ukraine yang terhempas di Iran semalam mendapati bahawa pesawat itu terhempas bukan kerana ditembak oleh perluru berpandu, lapor sumber dari agensi keselamatan Kanada.

Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, dia menyatakan bahawa pihak agensi percaya bahawa pesawat Boeing 737 hanya mengalami masalah teknikal sahaja. Pesawat penumpang milik Ukraine yang berlepas daripada Tehran itu telah terhempas dan meragut seramai 176 nyawa penumpang didalamnya.

Tragedi itu terjadi selepas Iran melancarkan siri serangan peluru berpandu yang mensasarkan dua pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

“Siasatan awal yang dilakukan oleh agensi perisikan barat menunjukkan bahawa pesawat itu bukan terhempas disebabkan peluru berpandu. Tidak ada bukti yang boleh mengaitkannya langsung,” kata sumber tersebut.

Pihak agensi percaya bahawa punca pesawat itu terhempas adalah disebabkan masalah teknikal, tambah sumber itu, dia juga turut mendakwa bahawa terdapat bukti yang menunjukkan bahawa suhu enjin pesawat tersebut terlampau panas.

Pada Julai 2014, sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine semasa pemberontakan oleh pemisak yang disokong Rusia. Tragedi itu telah membunuh kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut.

Sumber: Asharq Al-Awsat, Channel News Asia

Aqmal Ezany

I write what is right