Siakap Keli

Berang Makanan Dihurung Semut, Suami Simbah Isteri Dengan Air Panas

Tak dapat terima makanannya dihurungi oleh semut, seorang suami di Indonesia tergamak menyimbah isterinya dengan air panas bagi melepaskan kemarahannya.

Lelaki 25 tahun itu menyiram air panas di belakang isterinya serta melepaskan geramnya dengan menumbuk dan menendang mangsa.

Pihak polis mengesahkan bahawa suspek telah ditahan di Jalan Sudirman Garut, Jawa Barat semalam. Isterinya juga telah menerima rawatan di hospital.

Keganasan rumah tangga itu berlaku pada khamis minggu lalu di  rumah pasangan tersebut di Desa Sagara, Kecamatan Cibalong. Namun, perbuatan suspek yang diketahui pada hari jumaat dan mangsa segera dibawa ke Pusat Kesihatan Cibalong.

“Kulit mangsa melecur akibat terkena air panas tersebut. Suspek masih lagi disoal siasat berkaitan kes keganasan rumah tangga ini,” kata pegawai polis.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra