Siakap Keli

“Masa Ni La Terkenang Dosa Lama,” Pendaki Ini Kongsi Pengalaman Dalam Misi Jejaki Annapura Base Camp

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Aktiviti mendaki gunung sudah menjadi suatu kebiasaan bagi mereka yang suka akan keindahan alam dan terokai sesuatu yang baru. Minat mendaki bukanlah kerana inginkan kepuasan semata-mata tetapi bertujuan mencabar kemampuan diri berhadapan dengan halangan alam sekitar.

Menerusi Perkongsian Khairul Hafiz di akaun Facebooknya, dia menceritakan pengalaman pendakiannya dari Sinuwa ke Deurali. Sepanjang perjalanan pendakiannya itu, beliau telah melalui pelbagai pengalaman menarik. Jarak perjalan Sinuwa ke Deurali adalah 14.82KM.

Semakin hari, semakin hampir kami ke destinasi utama kami iaitu ke Annapura Base Camp. Jika di ikutkan, semakin hari tenaga kami semakin berkurangan setelah masuk hari ke 5 pendakian dan 8 ke 9 jam setiap hari. Tapi pada abam, semakin hari abam macam semakin excited pulak. Rasa tak sabar nak sampai ABC, nak tengok sendiri dengan mata kepala macam mana suasana di ABC tu. Selalu tengok dalam gambar kawan-kawan je.

Kalau di ikutkan keletihan mendaki rasanya kami bole hadap lagi. Keletihan nak bertahan dengan cuaca sejuk setiap kali sampai guesthouse, sejuk nak tidur, sejuk nak mandi dan bersiap tu lah yang paling malas sekali.

Di Sinuwa, selepas makan malam, macam biasa, sedikit taklimat untuk perjalanan esok. Ada sedikit perubahan dari tentatif asal perjalanan kami. Dari pemerhatian guide kami, Sudip dan Dinesh, pace perjalanan group kami agak okay. Kami berupaya untuk sampai ke guesthouse setiap hari dalam pukul 4 ke 4.30 petang. Paling lewat pun jam 5 petang. Jadi, Sudip mencadangkan untuk perhentian seterusnya, Di sebalik kita singgah di Himalaya, Sudip mencadangkan kita terus naik sampai ke Duerali.

Abam check pada map, ketinggian kami di Sinuwa sekarang adalah 2170 meter. Duerali pula pada ketinggian 3200 meter. Maknanya kami akan naik pada ketinggian lebih dari 1000meter? Aduih. teringat pulak abam pada pendakian hari kedua ketika dari Thikedunga ke Ghorepani. Masa tu kenaikan elevation dalam 1100 meter. Masa tu walaupun dapat banyak gambar menarik sepanjang perjalanan, tapi abam rasa macam pewai juga hari tu. Naik-naik tak sampai lagi.. Naik-naik tak sampai lagi. Kali ni abam perlu lebih bersedia secara mental, bahawa perjalanan esok adalah jauh.

 

 

 

Pagi itu, selesai sahaja breakfast, seperti biasa kami memulakan perjalanan kira-kira jam 8.30 pagi. Kurang lebih 4 jam perjalanan, kami tiba satu perkampungan bernama Dovan untuk makan tengahari. Menu lunch, kami dihidangkan nasi goreng bersama kuah dhal. Sedap betul kuah dhal hari tu. Ia agak pekat, likat dan melekat..dan itu adalah kuah dhal paling sedap dalam sepanjang pengembaraan kami.

Perjalanan diteruskan semula selepas makan tengahari. Sebaik sahaja memulakan perjalanan, seekor anjing yang jinak, menemani perjalanan kami. Agak jauh juga la anjing itu ‘ecort’ perjalanan kami adalah juga dalam 1km rasanya. Kebanyakan anjing yang kami jumpa dalam sepanjang perjalanan, semuanya agak friendly dan baik-baik belaka. Tak ada yang garang pun. Menurut Sudip, anjing-anjing kebanyakannya adalah dari baka Himalayan Dog.

 

Mukabumi sepanjang perjalanan ke Duerali semakin cantik. Selepas tiba di satu kawasan air terjun, perjalanan trekking pula semakin mencanak naik. Bermula la bermacam-macam perasaan datang bila trek menaik ni. Masa ni jugalah terkenang dosa-dosa lama dan adakah ini balasannya.

“Kenapalah aku ada kat sini..”

“Apalah yang aku buat kat sini..”

Kadang-kadang macam-macam hati bermonolog ketika jalan menaik teruk macam ni. Nampak sangat yang abam ni belum cukup kental..

Ketika perjalanan menaik ni, kami berselisih lagi dengan group dari Malaysia, iaitu group yang dibawa oleh seorang Malaysian Legendary Hiker, MK Rahman. Sempat juga abam berselfie dengan beliau. Sebelum ni tak pernah berjumpa, tapi banyak abam baca tips2 berguna yang beliau sharekan di group hiking di facebook.

 

Ada juga kami bertanyakan akan suhu ketika di ABC dari group mereka, feedback yang kami terima suhu dalam -4 darjah celcius. Rasa lega juga kami mendengarnya. Sebabnya, sebelum ni kami dapat tahu dari satu lagi group Malaysian yang kami jumpa ketika di Pokhara tempoh hari, kebetulan mereka baru turun dari ABC, menurut mereka, suhu pada -10 darjah celcius pada ketika mereka di ABC. Kami menjangkakan akan lebih sejuk ketika kami sampai kerana musim akan memasuki musim winter. Dan yang terbaru ketika berselisih dengan Karat Adventures, kami dapat berita ABC pada suhu -17 darjah celcius. Matilanak..!  Sejuk sangat rasanya tu nanti. Tapi kalau -4 darjah celcius rasanya sangat berpatutan lah untuk kami harungi.

Habis saja trek yang mencanak naik, abam rasa lega setelah terlihat sebuah bangunan berbumbung biru, tidak jauh rasanya perjalanan untuk sampai di situ. Itulah guesthouse kami di Duerali.

Mukabumi di sini berbatu-batu dan sangat cantik. Ada banyak spot cantik untuk kami membuat gambar-gambar yang menarik.

“Chowla abang.. chowla..”

Beberapa kali juga Sudip bersuara untuk meminta kami menyambung perjalanan, setelah kami asyik sangat bergambar. Sekali tu abam libatkan juga Sudip untuk ambil gambar beliau sekali untuk menghasilkan artworks abam.

Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke guesthouse yang dari tadi sudah kelihatan dari tempat kami bergambar.

Apabila meneruskan perjalanan ke guesthouse, rupanya takdelah dekat sangat, semakin jalan rasa semakin jauh, sebab tak sampai-sampai. Tadi kami merasakan guesthouse tu dah dekat sangat dah. Walaupun dah kelihatan, tapi untuk sampai ke sana masih jauh rupanya. Sesekali trek akan selekoh ke kiri dan menurun ke bawah dan ketika itu guesthouse akan hilang dari pandangan mata.

Jalan semakin berbatu-batu dan sesekali terpaksa turun melalui anak sungai dan melalui celahan batu-batu besar. Akhirnya kami sampai juga kira-kira hampir jam 5.30 petang. Ya cuaca sangat sejuk sekitar 4 darjah celcius. Ramai yang sepakat untuk tidak mandi malam tu, tapi hanya gosok gigi dan mandi P.Ramlee. Abam pon setuju lah sebab memang sejuk yakmat. Selesai semua persalinan, lepas makan malam, lepak di cafe sekejap, kemudian abam masuk tidur.

P/S: Perjalanan keesokkan hari dari Duerali ke ABC, view landskap sangat superb. Tiba lah saat yang ditunggu-tunggu sewaktu menjejakkan kaki ke ABC. Tak sabar abam nak sharekan lagi gambar-gambar view sepanjang menuju ke ABC.

 

 

Sumber: Khairul Hafiz

 

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)