Siakap Keli
Kredit Foto: The Independent

Negara Asia Resah, Wabak Pneumonia Kembali

Satu penyakit pernafasan misteri ‘menggegarkan’ pusat bandar China sekaligus meletakkan negara-negara di Asia Tenggara dalam langkah berjaga-jaga selepas dikatakan telah tersebar ke Singapura.

Malaysia, Vietnam dan Thailand telah mula melakukan pemeriksaan terhadap semua penumpang yang tiba dari bandar Wuhan, di mana berpuluh-puluh orang telah dijangkiti.

Kredit Foto: The Independent

Di Singapura, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dijangkiti pneumonia telah dimasukkan ke dalam wad dan diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas dia didapati melancong ke Wuhan.

Pun begitu, pada sabtu lalu, Kementerian Kesihatan berkata pemeriksaan yang dilakukan mengesahkan bahawa pneumonia yang dialami kanak-kanak itu tidakĀ  berkait dengan wabak virus.

“Siasatan epidemiologi, penilaian klinikal dan hasil makmal menunjukkan kes tiada kaitan dengan kelompok pneumonia di Wuhan,” kata kementerian tersebut.

Pihak berkuasa kesihatan di Malaysia juga telah menubuhkan fasiliti untuk melakukan pemeriksaan di lapangan terbang untuk menahan penumpang dengan suhu yang tidak normal.

Menurut Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka akan memantau tempat kemasukan antarabangsa bagi memastikan ketibaan daripada Wuhan menjalani pemeriksaan suhu dan jika suhu tersebut dikesan, peperiksaan kedua akan dijalankan di pusat kuarantin.

Di Thailand, Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul menggesa orang ramai untuk bertenang dan lapangan terbang yang melayani penerbangan harian dari Wuhan juga telah memasang alat pemeriksaan suhu.

Kredit Foto: The New York Times

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata mereka sedang mengawasi keadaan dengan teliti dan mengekalkan hubungan dengan pihak berkuasa China namun tidak menasihatkan sebarang sekatan perjalanan atau perdagangan pada masa ini.

Sumber: Independent

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra