Siakap Keli

Pesawat Ukraine Terbakar Tak Buat Panggilan, Cuba Patah Balik – Penyiasat

Laporan penyiasatan terkini  yang dijalankan oleh penyiasat Iran mengenai kapal terbang Ukraine yang terhempas di Tehran semalam mendedahkan bahawa juruterbang tidak membuat panggilan radio untuk meminta tolong dan cuba untuk berpatah balik ke lapangan terbang tidak lama selepas berlepas.

Iran enggan menyerahkan rakaman kotak hitam Boeing 737-800 itu yang dipercayai meletup semasa di udara sebelum terhempas dan membunuh kesemua 176 orang di dalam pesawat terbabit.

Tragedi itu berlaku beberapa jam selepas Tehran menembak sekurang-kurangnya 15 peluru berpandu balistik di dua pangkalan AS di Iraq sekaligus menimbulkan kebimbangan bahawa pesawat Ukraine tersebut ditembak secara tidak sengaja oleh pertahanan udara Iran.

Iran sendiri telah melancarkan siasatan dan hari ini mengatakan bahawa juruterbang cuba untuk berpatah balik ke lapangan terbang.

Tiga orang sumber dari Amerika memberitahu kepada Reuters bahawa penilaian awal agensi-agensi perisikan Barat adalah bahawa pesawat itu mengalami kerosakan teknikal.

Menurut sumber dari Kanada, terdapat bukti bahawa pesawat tersebut terlalu panas. Rakaman yang memaparkan pesawat terhempas tersebar di media sosial.

Sumber: The Spectator IndexThe Sun

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra