Siakap Keli
Kredit Foto: CPAP Clinic

Rancangan TV Britain Ini Cari Orang Kuat Berdengkur Untuk Sertai Program Realiti Terbaru

Dengkuran merupakan bunyi pernafasan yang kuat ketika tidur. Orang yang mempunyai badan yang agak gempal juga sering berdengkur dengan kuat ketika tidur.

Selain itu, bunyi dengkuran juga akan menjadi semakin makin kuat apabila seseorang itu tidur dalam keadaan penat dan letih.

Kredit Foto: Help Guide

Dengkuran kadangkala akan membuatkan pasangan anda rimas dengan bunyian tersebut. Tidur seseorang juga akan terganggu dek ekoran bunyi dengkuran yang kuat boleh membuatkan seseorang tidak dapat tidur yang nyenyak.

Namun begitu, sebuah stesen televisyen di Britain sedang mencari individu yang kuat berdengkur untuk menyertai satu program.

Walaupun ianya kedengaran agak lucu dan pelik namun ianya betul-betul terjadi.

Kredit Foto: The Sleep Doctor

Syarikat ini akan menyiarkan satu rancangan baru iaitu filem Firecracker dan sedang mencari beberapa orang yang kuat berdengkur di Britain untuk menyertai rancangan tersebut.

Sesiapa sahaja yang kuat berdengkur ketika tidur berumur 18 tahun ke atas boleh memohon untuk menyertai rancangan ini.

Sumber: The Sun

Siti Natrah Jusof