Siakap Keli
Sebanyak 15 keputusan menunjukkan positif virus korona baharu
Foto Agensi

Saintis Dakwa Temui Virus Baharu Punca Wabak Misteri Pneumonia Serang 59 Warga China

Kerajaan China percaya wabak misteri pneumonia atau radang paru-paru ini telah menyerang 59 individu disebabkan oleh virus baharu daripada kelompok sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) telah meragut ratusan nyawa lebih sedekad lalu.

Memetik daripada laporan saintis, Xu Jianguo melaporkan telah mengenal pasti virus korona jenis baharu di sebalik wabak tersebut. Virus tersebut telah disahkan buat pertama kali di Wuhan pada 31 Disember tahun lalu.

Wabak SARS telah mencetus kebimbangan dan mendorong pihak berkuasa di Hong Kong yang terjejas terus diserang pada tahun 2002. Mereka mengambil tindakan dengan langkah penyahjangkitan pada pengangkutan awam termasuk pemeriksaan terhadap penumpang.

Menurut Jianguo, sebanyak 15 keputusan menunjukkan positif virus korona baharu yang telah dikean di makmal melalui ujian terhadap sampel darah dan spesimen pada tekak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan turut mengesahkan penemuan awal virus korona baharu tersebut.

Menurut wakil WHO di China, pemeriksaan lanjut diperlukan untuk menentukan sumber. cara penghantaran, tahap jangkitan dan tindak balas yang dilaksanakan.

 

Sumber: Sinar harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)