Siakap Keli
Gambar: Twitter Hamzoz

Serang Pangkalan Tentera AS, Iran Dipercayai Sengaja Elak Korban Nyawa

Semalam, dilaporkan bahawa Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu menghala ke arah wilayah Al Anbar, Iraq. Serangan itu juga dikatakan adalah tindak balas terhadap serangan udara yang diarahkan oleh Donald Trump sehingga mengorbankan Qassim Soleimani.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang terkesan dengan perkara tersebut memaklumkan bahawa semuanya berada dalam keadaan yang baik.

Bagaimanapun, menurut laporan media antarabangsa, beberapa peluru berpandu yang dilancarkan ternyata tidak mengenai sasaran. Dua daripada 17 peluru berpandu yang dilancarkan di Al-Assad mendarat di sebuah kampung di Heet yang terletak 40 km dari Al-Assad.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh seorang wartawan CNN, dia telah dimaklumkan bahawa ramai pemimpin tentera AS yang menganggap Iran sengaja memilih sasaran yang tidak mengorbankan banyak nyawa.

Pentagon secara rasmi memaklumkan kepada saya bahawa ramai pemimpin tentera AS fikir Iran sengaja memilih sasaran yang tidak menyebabkan banyak korban nyawa terutamanya nyawa warga AS.

Sasaran yang tersasar, minimum kerosakan, maksimum amaran dan kesan.

Tambahnya lagi, sasaran itu adalah bertujuan untuk memberikan amaran dan tidak bertujuan untuk kerosakan yang maksimum. Menurut David Martin dari Koresponden Keamanan Nasional dari Bahagian Pertahan AS, Pentagon, peringatan telah diterima beberapa jam sebelum serangan dibuat supaya pasukan dapat segera berlindung.

Pun begitu, Martin masih meragui kemungkinan Iran sengaja meleset dalam meluncurkan serangan peluru berpandu itu. Pihak Pentagon juga masih meneliti mengenai ketepatan kemungkinan tersebut.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra