Siakap Keli

Sunyi Tanpa ‘Ciapan’, Raja Permaisuri Agong Nyahaktif Twitter?

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup terkenal di Twitter kerana cukup spontan menyatakan pendapat dan memuat naik aktiviti harian.

Namun begitu, menerusi tinjauan ke akaun Twitter milik baginda, akaun @cheminahsayang kelihatan sudah tidak lagi aktif. Akaun baginda dilihat kosong tanpa paparan gambar dirinya diruangan gambar akaun.

Ekoran akaun Twitter Raja Permaisuri Agong tidak boleh diakses, warga Twitter menyuarakan kehairanan mereka mengenai motif penutupan akaun baginda. Malah, ada yang tertanya-tanya adakah akaun Twitter Raja Permaisuri Agong digodam.

Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong dilihat sering mempertahan warisan tulisan Jawi dengan mengetengahkan pendapat mengenai tulisan berkenaan. Malah, baginda turut menggunakan tulisan Jawi setiap kali membuat ciapan.

Pada bulan September tahun lalu, Raja Permaisuri Agong telah meninggalkan tanda tanya kepada rata-rata netizen ekoran baginda menutup akaun Twitternya. Walau bagaimanapun, baginda telah mengaktifkan semula akaun Twitter beberapa hari selepas itu.

Sumber: cheminahsayang

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra