Siakap Keli

Video Intim Didakwa Mirip Menteri: Tiada Individu Akan Didakwa – Peguam Negara

Kuala Lumpur, 9 Jan – Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada dakwaan akan dibuat berhubung video intim yang didakwa melibatkan pemimpin kanan sebuah parti politik tempatan.

Menurut Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu kenyataannya, analisa video oleh Cyber Security Malaysia mendapati video tulen berkenaan mempunyai resolusi rendah hingga menyebabkan pengecaman wajah tidak dapat dipastikan.

“Disebabkan oleh dapatan yang tidak konklusif tersebut, PDRM telah menghantar untuk dianalisa secara bebas oleh pakar forensik di Amerika Syarikat. PDRM menerima keputusan analisa pada bulan Disember 2019.

Laporan luar negara turut mendapat kesimpulan yang sama iaitu “kegagalan untuk mengenalpasti individu-individu di dalam video tular tersebut adalah disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video-video dan rangka (frames) video yang sedikit untuk membolehkan saspek dilihat dengan jelas.

“Setelah menyemak keterangan yang telah dikumpulkan dan dikemukakan oleh PDRM kepada Jabatan ini, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan kepada saya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan.

“Saya telah menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi,” ujar Tommy Thomas.

Siasatan telah dijalankan di bawah seksyen-seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan berikutan daripada beberapa laporan polis telah dibuat oleh beberapa individu berbeza mengenai video seks.

“Ramai saksi telah ditemubual oleh PDRM untuk memastikan fakta berhubung dengan video dan terdapat tangkapan dan reman beberapa saksi berkaitan dengan penyiasatan,” tulis kenyataan tersebut.

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.