Siakap Keli

(Video) Tak Jumpa Buat Kali Terakhir, Rindu Cucu Terubat Jumpa Arwah Atuk Dalam Google Maps

Kesakitan apabila kehilangan orang tersayang amatlah pedih. Siapa yang tak rindu apabila berjauhan buat selamanya dengan orang yang rapat dengan kita khusunya ibu dan ayah.

Ada yang diuji dengan rakaman Google Maps di mana individu ini menjumpai gambar datuknya di dalam rakaman tersebut.

Perkongsian daripada Yajaira ini menunjukkan video Google Maps tempat duduk di ladang datuknya ada insan mirip seperti datuk tercinta.

“Datuk saya meninggal pada tahun lalu. Kami tak sempat untuk ucap selaamt tinggal kepadanya. Semalam kami terjumpa sesuatu di dalam Google Maps dan akhirnya pergi ke arah jalan ladang datuk, apa yang aneh adalah terjumpa datuk duduk di sana.”

Rata-rata pengguna Twitter yang lain juga mencuba cara yang sama untuk mendapatkan hasil yang sama.

“Sama juga dengan saya”

“Nampak atuk saya sedang berjalan di depan rumah lama kami, sangat memori”

“Sudah empat tahun nenek saya meninggalkan kami. Terjumpa ini dan sangat menceriakan hari saya.”

 

Sumber: Yajaira

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.