Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Tular Video Budak Sekolah Kena ‘Pau’ RM5 & Disepak, Polis Jalankan Siasatan

KOTA BHARU, 9 Jan (Bernama) — Polis akan menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video berdurasi 29 saat yang memaparkan tindakan seorang remaja lelaki yang dikatakan meminta wang daripada seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di Labok, Machang.

Remaja lelaki berpakaian biasa itu bersama rakan-rakannya dikatakan meminta RM5 daripada pelajar lelaki berkenaan yang melalui sebatang jalan di sebuah kawasan perumahan.

Dalam video yang tular itu, pelajar lelaki berkopiah itu cuba menyerahkan jam tangan miliknya selepas gagal menyerahkan wang yang diminta, namun dia disepak di bahagian kaki sebelum dibenarkan melalui jalan itu untuk ke sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang DSP Ganti Jimmy berkata pihaknya sudah mendapat maklumat berkenaan penyebaran video berkenaan dan akan melakukan siasatan termasuk kawasan dan pihak yang terlibat.

“Meskipun tiada sebarang laporan polis diterima namun siasatan akan dilakukan selepas insiden itu tular dan menjadi kebimbangan dalam kalangan ibu bapa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.