Siakap Keli
Kredit: Liana Abdul Rahman

Wanita Berang, Beg Sekolah Anak Habis Rosak Didakwa ‘Dicampak’ Mak Ayah Tak Bertanggungjawab

Habis basah beg dan buku seorang pelajar didakwa gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa.

Seorang pengguna Facebook yang enggan dikenali meluahkan perasaan sakit hatinya apabila beg anaknya didakwa dicampak oleh ibu bapa lain yang tidak bertanggungjawab.

“Lain kali kalau anak dah tersalah ambil beg orang lain, simpan dulu, esoknya hantar kat pondok pengawal atau pejabat guru ke,” katanya.

Wanita itu turut menyertakan gambar beg yang basah terkena hujan bersama buku-buku yang rosak.

Kau jadi mak bapak boleh campak-campak beg anak orang macam tu je,” tambah wanita itu mengecam sikap tidak bertanggungjawab berkenaan.

Ibu bapa sepatutnya membimbing anak-anak agar tahu di mana untuk meletakkan semula barang yang diambil secara tidak sengaja, tambahnya.

Sumber: Facebook

Amira

Love yourself.