Siakap Keli

Warga AS-Iran Berganding Bahu, Sama-Sama Bantah Peperangan

Susulan daripada serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh Iran ke atas pangakalan tentera Amerika Syarikat di Iraq bagi bertindak balas terhadap pembunuhan yang dilakukan AS ke atas Jeneral Iran tempoh hari, rata-rata rakyat kedua-dua negara gusar dan menyatakan perasaan mereka bahawa mereka tidak mahu peperangan berlaku.

Kita sudah sedia maklum bahawa peperangan sememangnya tidak mendatangkan sebarang manfaat. Ini kerana, yang akan menjadi mangsa kepada peperangan ialah rakyat sesebuah negara itu.

Peperangan sebenarnya bukanlah suatu jalan penyelesaian yang betul. Kesan daripada peperangan ini boleh kita lihat daripada negara-negara yang sedang bergolak seperti Syria, Palestin, Yemen dan banyak lagi. Apa yang dapat kita lihat ialah, ianya membinasakan. Banyak nyawa orang-orang yang tidak berdosa serta hak asasi manusia dicabul.

Bukan itu sahaja, atas peperangan yang berlaku diantara sesebuah negara itu, negara-negara lain juga turut akan terkesan. Lebih-lebih lagi sekiranya sesebuah negara itu merupakan pengeluar sumber alam seperti minyak. Secara tidak langsung, harga minyak dunia akan terpengaruh disebabkan terjadinya perang di negara tersebut.

Justeru daripada itu, pelbagai reaksi-reaksi netizen di Twitter yang boleh dilihat khususnya warga Amerika Syarikat yang sebenarnya tidak mahu pun terbabit dengan peperangan ini. Namun, atas dasar segala keputusan ditentukan oleh kerajaan mereka, mereka pun juga akan turut terkesan.

Berikut adalah merupakan antara luahan serta rintihan netizen-netizen di media sosial berkenaan dengan isu serangan Iran dan Amerika Syarikat yang boleh mencetuskan peperangan ini:

 

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right