Siakap Keli

JPJ Sedang Siasat Video Tular Libatkan 2 Anggota Bertindak Kasar Semasa Jalankan Tugas

Tular sebuah video dikongsikan di laman twitter ini, kelihatan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak agresif dengan memukul penunggang motosikal di satu kawasan tepi jalan raya bersama seorang lagi anggota yang turut memakai uniform penguatkuasa berkenaan

Dua anggota tersebut dilihat turun dari kereta dan mengejar penunggang tersebut sebelum seorang dari mereka bertindak memukul individu itu.

Sementara itu, dalam kenyataan rasmi di laman Facebook JPJ Malaysia menyatakan bahawa pihak mereka sedang menyiasat kejadian dalam video tersebut yang melibatkan 2 anggota dari badan penguatkuasaan tersebut.

JPJ juga berkata, pihak Pengurusan Tertinggi JPJ memandang serius isu-isu yang berkaitan integriti dan tidak sesekali akan berkompromi terhadap mana-mana warga JPJ yang didapati bersalah melakukan kesalahan tingkah laku.

Sumber : JPJ

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)