Siakap Keli

Rompakan Kedai Emas, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ditembak Di Kepala

Satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai emas di Lopburi, Thailand semalam menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun antara yang ditembak mati. Perompak yang bertindak ganas itu juga menembak seorang pengawal keselamatan dan seorang jurujual.

Kanak-kanak itu dipercayai berjalan melewati kedai emas bersama ibunya ketika perompak mula menembak dan terkena kepalanya.  Walaupun telah dikejarkan ke hospital dengan segera, kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan.

Polis memberitahu bahawa pistol lelaki tersebut dipasang dengan penekan bunyi supaya tembakan tidak dapat didengar dari jauh.

Insiden berlaku di Robinson’s Department Store di wilayah Lopburi kira-kira 100 km ke utara Bangkok di tengah Thailand pada pukul 9 malam.

Perompak itu dipercayai mula menembak walaupun sebelum merompak kedai emas tersebut. Dia kemudiannya melompat ke kaunter dan mengambil tiga dulang emas dengan nilai runcit 500 ribu Baht atau RM67 ribu sebelum melarikan diri.

Laporan pihak polis mengatakan bahawa dua orang pekerja kedai emas juga maut dalam kejadian tersebut. Sumber juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya lima orang termasuk pelancong asing cedera dan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pesuruhjaya Bahagian Polis Daerah 1, Leftenan Jeneral Amphol Buarapporn, mengetuai siasatan dan usaha untuk mengesan apa yang dianggapnya sebagai tindakan ‘raksasa’ yang mengejutkan orang awam dan polis sendiri.

“Saya tertanya-tanya apa yang berada dalam fikirannya. Seorang wanita dan kanak-kanak mati. Anda mahukan emas namun kenapa orang-orang tersebut perlu dibunuh?

“Saya meminta bantuan orang ramai untuk mencari perompak tersebut,” katanya.

Sumber: Thaiexaminer

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra