Siakap Keli
Kredit: Ihsan Zainal

Ayah Dedah Anak Balik Sekolah Nyaris ‘Diambil’ Lelaki Berpakaian Kemas Tak Dikenali

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kecanggihan teknologi pun ada sisi buruknya jika kita tidak berhati-hati. Sikap terlalu terbuka berkongsi kisah hidup dengan rakan-rakan di media sosial sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan keluarga.

Baru-baru ini, seorang bapa, Ihsan Zainal berkongsi kisah di mana anaknya nyaris ‘dijemput’ pulang oleh individu yang tidak dikenali di sekolah anaknya.

Individu itu memberitahu guru ingin menjemput kanak-kanak itu dan menyebut namanya, namun mujurlah ketika itu si ibu sudahpun tiba lalu terdengar perbualan mereka. Mereka juga bernasib baik apabila guru mengenali ibu murid tersebut.

Mari baca perkongsian beliau.

Tu sebab aku tak kongsi sangat pasal anak-anak aku dalam wall aku.. baik pergi sekolah atau memana ke..

Semalam je terjadi satu peristiwa dimana ketika isteri aku nak jemput balik anak aku sorang ni.. Tetiba entah mana sorang tu pakai kemas, nak jemput anak aku dengan hanya terbalikkan nama nya. Rasanya “try n error” kot.. Kebetulan isteri aku dibelakang, dia turut terdengar nama anak aku.

Namun nasib baik cikgunya mengenali isteri aku. Yelahkan.. Sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah. Tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ni memang tak asing bagi mereka.

Cikgunya menahan dan berkata awak bukan ibu bapa nya.. Fuhhh disitu kita nampak tanggungjawab guru sangat berat. Bukan hanya semasa waktu kelas, tetapi juga selepas kelas.

Orang tu siap cakap apa tau? Ouh, tersalah sekolah” dan berlalu pergi.

Mana mungkin banyak-banyak sekolah, kau boleh tersalah dengan sebut nama murid boleh dikatakan 90% betul-cuma terbalik je.

Perkara ini turut diberitahu kepada guru besar sekolahnya untuk tindakan lanjut. Guru besar sangat terkejut dan memandang serius perkara ini. Aku juga berharap agar mak ayah sentiasa peka dengan perkara ini.

Elak berkongsi nama anak, nama sekolah di media sosial. Macam-macam boleh terjadi. Mungkin bukan kerana budak, tapi mungkin kerana perasaan lain terhadap mak ayah ke boleh jadi.

Sumber: Ihsan Zainal

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.