Siakap Keli
Kredit: Sky News Australia/AP

Badan Risikan Barat Dakwa Lebih Banyak Serangan Dari Iran Bakal Berlaku

Defcon Warning System (DWS) mengeluarkan kenyataan lebih banyak serangan dari Iran dijangka bakal dilakukan berikutan isyarat bercampur dari komander Iran.

Kenyataan yang dikeluarkan pada 9.48 pagi tadi telah dimuatnaik di laman Twitter rasmi milik organisasi berkenaan.

DWS merupakan organisasi risikan yang memfokuskan kepada ancaman perang nuklear dan memberi kod amaran kepada orang ramai berdasarkan peristiwa semasa.

Semalam, komander Iran dilaporkan bersumpah akan membalas dendam dengan cara lebih keras terhadap AS.

Menurut CBS News, ketua kakitangan bersama Iran, Abdollah Araghi berkata, Pengawal Revolusi Iran (IRGC) “bakal mengenakan tindak balas yang lebih keras ke atas musuh pada masa hadapan.”

Jeneral yang menggantikan Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara AS pada Jumaat minggu lalu turut berjanji akan mengikut jejak langkah ditinggalkan Soleimani.

Sementara itu, Dewan Kongres AS mengambil keputusan untuk mengehadkan kuasa Presiden dalam ketenteraan bagi tujuan menyekat presiden itu dari terus bertindak tanpa persetujuan badan berkenaan.

Sumber: Defcon Warning System, CBS News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.